Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Selepas diberi peluang dan membuktikan kemampuannya pada musim lalu, penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim lebih berkeyakinan untuk beraksi cemerlang pada musim 2017.

Membantu skuad Helang Merah menjulang Piala Malaysia 2016 memberi suntikan besar baginya untuk melakukan yang terbaik.

"Musim ini agak mencabar bagi saya selepas dua penjaga gol senior dilihat kembali ke prestasi dan tahap sebenar mereka.

"Saya perlu bekerja keras dengan prestasi terbaik sekali gus untuk menawan hati jurulatih supaya disenaraikan dalam kesebelasan utama," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, selepas diberi kepercayaan membantu Kedah musim lalu kini dia lebih bersedia.

"Macam musim lepas, saya agak kurang keyakinan diri mungkin sebab pertama kali diberi tugas sebagai penjaga gol utama dan saya sudah lakukan yang termampu.

"Insya-Allah, musim ini diharap akan turut diberi peluang untuk membantu pasukan," katanya yang mungkin tidak diturunkan pada aksi pembukaan liga Malaysia, esok.

Kedah bakal berdepan cabaran Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk merebut Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Larkin Johor.

Selain Ifwat, Kedah memiliki Mohd Farhan Abu Bakar dan Abdul Hadi Abdul Hamid yang lebih senior di posisi penjaga gol.

Prestasi tidak konsisten Mohd Farhan dan kecederaan dialami Abdul Hadi membuka peluang kepada Ifwat untuk menjadi benteng terakhir pasukannya.

Pada usia 21 tahun Ifwat berkata, dia sebolehnya mahu menimba lebih banyak pengalaman sebelum melangkah lebih jauh.

"Buat masa sekarang saya belum pasti akan bermain pada perlawanan mana, tetapi apa yang lebih penting saya perlu sentiasa bersedia dan memberi komitmen penuh pada sesi latihan.

"Sasaran pada tahun ini saya harap lebih banyak berakhir dan berharap turut diberi peluang untuk menjadi penjaga gol utama skuad Sukan SEA 2017," katanya.

Lihat Komen
ADS