Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, disahkan meletak jawatannya di pertubuhan itu hari ini.

Perkara itu disahkan Pengurus skuad Pulau Pinang, Zairil Khir Johari ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, tindakan Nazir itu tidak mengejut selepas beliau memberi bayangan berbuat demikian sebelum ini.

"Ya kami sudah berjumpa dan beliau hari ini dimaklumkan telah meletak jawatan agar musim baru boleh dimulakan dengan lembaran baru.

"Hasrat beliau untuk meletak jawatan tidaklah mengejutkan kerana pernah memberi bayangan pada musim lepas bahawa beliau tidak ingin lama setelah tiga tahun dan membawa FAP dari Liga perdana ke Liga Super.

"Malah, perkara itu beliau beritahu apabila saya menjemput untuk menyertai FAP pada bulan Oktober lepas," katanya.

Terdahulu, berita peletakkan jawatan Nazir menjadi topik hangat di Facebook penyokong skuad Harimau Kumbang.

FAP sebelum ini dilihat membuat beberapa perubahan baru sebagai persediaan menghadapi liga musim 2017 antaranya membawa masuk jurulatih baru, Ashley Westwood dari Bengaluru FC dan pelantikan Zairil sendiri sebagai pengurus pasukan.

Skuad Pulau Mutiara itu juga mendapat perhatian global selepas kejayaan pemainnya Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Fifa 2016, baru-baru ini.

Zairil berkata, pihaknya menghargai sumbangan Nazir Ariff kepada skuad bola sepak negeri sepanjang penglibatannya.

Katany, jawatan pemangku presiden kini disandang Datuk Laurence Loh merangkap timbalan presiden FAP.

"Menurut Perkara 25 Perlembagaan FAP, tugas-tugas presiden akan diambil alih oleh timbalan presiden sepanjang ketiadaan presiden.

"Saya dimaklumkan Laurence akan mengeluarkan kenyataan pagi esok mengenai isu ini," jelasnya.

Lihat Komen
ADS