Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Yaya Toure tegur Sterling jujur terlampau
Diterbitkan:  Jan 23, 2017 12:58 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Ada yang masih terbuku di hati Yaya Toure sehingga kini.

Selepas terlepas memperoleh tiga mata berharga daripada Tottenham Hotspur, Yaya juga terkilan kerana rakan sepasukannya - Raheem Sterling - terlebih jujur.

Ketika bergelut untuk menguasai bola, Sterling dilihat dikasari pertahanan Spurs, Kyle Walker.

Namun Sterling mengawal dirinya sehingga pengadil, Andre Marriner, tidak menghukum Spurs dengan memberikan penalti kepada Manchester City.

"Dia jujur sangat," kata Yaya.

Namun pemain antarabangsa Ivory Coast itu memahami, rakannya itu bergelut dengan kritikan ramai ekoran sebelum ini didakwa terlalu mudah terjatuh walaupun dengan sentuhan fizikal yang terhad.

Jika Streling terjatuh, kata Yaya, semua orang akan menuduh dia sengaja.

"Cuma jika kamu ada sedikit pengalaman macam saya, kamu boleh menjatuhkan diri dalam situasi, dan mungkin itu cara yang sepatutnya kamu lakukan.

"Sterling mahu bermain dengan jujur dalam perlawanan begitu. Kamu tak boleh salahkan dia.

"Sterling terlalu hampir dengan pintu gol dan Walker menolaknya dari belakang," katanya dilaporkan Telegraph hari ini.

Pada perlawanan malam kelmarin, City terikat 2-2 walaupun mendahului lawan mereka di gelanggang sendiri, Stadium Etihad.

Keputusan itu meletakkan City berada di tangga kelima dengan dibezakan dua mata dengan Manchester United di tempat keenam.

Spurs pula selesa di tempat ketiga dengan 46 mata dan dipintas Arsenal yang memperoleh 47 mata hasil kemenangan dramatik ke atas Bournemouth malam tadi.

Lihat Komen
ADS