Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Wang Qiang sasar lepasi suku akhir Terbuka Malaysia

Pemain tenis wanita keempat China, Wang Qiang menyasarkan untuk melepasi peringkat suku akhir buat kali pertama dalam
acara Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) di kejohanan Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017.

Wang Qiang, yang akan membuat penampilan keenam pada Terbuka Malaysia di TPC Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 5 Mac ini, mara ke suku akhir di Shenzhen tetapi gagal pada pusingan pertama di Terbuka Australia baru-baru ini.

Beliau melakukan pencapaian terbaik di Terbuka Malaysia dengan layak ke suku akhir pada 2016.

Kemenangan membanggakan beliau sehingga kini ialah pada 2013 apabila pemain di kedudukan ke-184 pada masa itu menyingkirkan pilihan utama, Caroline Wozniacki dari Denmark pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.

Wang Qiang kini menduduki ranking ke-78 dunia dan mencapai ranking ke-61 dunia pada Ogos tahun lepas, merupakan pemain bersemangat tinggi dalam Jelajah WTA, bagaimanapun beliau kurang memberi aksi terbaik setakat ini kerana tidak konsisten.

"Matlamat saya tahun ini adalah untuk berada pada kedudukan 30 terbaik. Saya meletakkan sasaran tinggi untuk diri saya tetapi jika saya boleh mencapai 60 peratus daripadanya, ia tetap satu kemajuan buat saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan penganjur. -Bernama

Lihat Komen
ADS