'Selain lawan di Pyongyang, yang lain tiada masalah'

N Faizal Ghazali        

Tarikh baru perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Korea Utara memberi lebih masa untuk skuad bola sepak kebangsaan bersiap sedia.

Namun, apa yang lebih penting bagi pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee adalah lokasi perlawanan itu diadakan nanti.

"Yang penting mereka perlu tetapkan lokasi terlebih dahulu, kalau kita bermain di Pyongyang bermakna jarak perjalanan agak jauh.

“Itu yang merisaukan, yang lain tak ada masalah," katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Terdahulu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan tarikh baru Malaysia bertemu Korea Utara pada 8 Jun, selepas ditangguh daripada tarikh asal 28 Mac.

Ia susulan ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selepas kes pembunuhan Kim Jong-Nam, abang pemimpin Korea Utara, Jong-un di lapangan terbang KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Kim Swee berkata, tumpuannya kini adalah bagi mempersiapkan pasukan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 22 Mac nanti.

Katanya, tarikh 8 Jun yang ditetapkan AFC pada asalnya merupakan tarikh satu lagi perlawanan persahabatan sebelum berdepan Lebanon.

"Kita sudah dimaklumkan tarikh perlawanan dan persediaan kita harus rapi sebelum bermain dengan Korea Utara.

"Dan selang seminggu selepas itu kita dijadualkan menentang pasukan Lebanon," katanya.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In