Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
Columns

Pernah juga terjadi satu kes yang amat memalukan berlaku dalam sebuah negara umat Islam apabila petugas Majlis Perbandaran Alor Star menemui beratus-ratus kondom di tapak Karnival 'Sure Heboh' TV3 yang berlangsung di ibu negeri itu sebaik sahaja ia berakhir dan kerja-kerja pembersihan dilakukan - Harakahdaily (6 Julai)

Bekas Mufti Negeri Selangor Dato' Ishak Baharom menegaskan, menurut Islam apa juga perkara yang boleh melalaikan dan melekakan adalah bertentangan dengan syarak.

"Walaupun ada sedikit baiknya, tetapi buruknya banyak berkait dengan moral dan campurgaul di kalangan bukan muhrim, hukumnya tetap haram," ujarnya.

Beliau turut bersetuju dengan pendapat Mufti Negeri Perak Dato' Seri Haji Harussani Zakaria yang menyatakan konsert 'Sure Heboh' anjuran TV3 adalah haram kerana program itu melalaikan - Harakahdaily (30 Julai)

Harussani sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa semua karnival, konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition dan Malaysian Idol jelas bertentangan dengan hukum syarak, sama seperti Karnival 'Sure Heboh' TV3 - Harakahdaily (3 Ogos)

Bila semua 'heboh-heboh' sudah mengenap, maka sampai pula masanya untuk saya menyampok dan tumpang semangkuk. Dalam masa sebulan ini, saya memaksa diri untuk berkhalwat kerana keteharuan diri akibat membaca di media kita tentang fenomena budaya sosiopolitik negara ini. Terutama tentang proses pembudayaan yang dihadapi oleh susuk Melayu.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS