Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beberapa bulan dahulu, MCA melancarkan secara besar-besaran Kempen Pelajaran Sepanjang Hayat. Parti tersebut telah dibidas sebagai cuba lari daripada politik dan berfungsi sebagai sebuah badan bukan kerajaan dalam bidang yang bukan merupakan fungsi utama sebuah parti politik.

Meskipun menepuk dada mendakwa dirinya mewakili kaum Cina, MCA sesungguhnya tidak berdaya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kaum Cina, baik dalam peringkat penggubalan dasar, maupun dalam proses pelaksanaan dan pemantauan. Ia juga tidak berdaya untuk membuat pembetulan melalui wadah Barisan Nasional (BN) jika berlaku sebarang penyimpangan atau penyelewengan, tanpa persetujuan Umno .

MCA mendakwa dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kepentingan dan menyelesaikan masalah kaum Cina. Ini wajar mengikut logik politik perkauman. Justeru itu, Umno dan MIC juga masing-masing mendakwa dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kepentingan dan menyelesaikan masalah kaum Melayu dan India.

Maka, episod bantahan terhadap rayuan MCA untuk menambah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), sekaligus mendedahkan kedudukan MCA dan parti-parti komponen lain dalam BN, yang terpinggir dan ketidakupayaan mereka untuk menyelesaikan perselisihan melalui wadah kerajaan BN, jika bercanggah dengan pandangan Umno.

Apatah lagi, ketika pemimpin Umno hendak menonjolkan imejnya sebagai wira bangsa dan agama untuk meraih sokongan politik murahan, atau untuk mengalih fokus orang Melayu daripada krisis dalaman Umno.

Seperti diakui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri, dan rasanya tidak perlu dipertikaikan lagi, bahawa Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Negara kita telah menjamin hak bukan Melayu untuk menerima pendidikan bahasa ibunda, selaras dengan hak asasi manusia dan kepentingan pendidikan bahasa ibunda dalam pembentukan jati diri sesuatu kaum.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS