Rashid Maidin: Pejuang anti-penjajah sepanjang zaman (bhg I)
Ada manusia sudah mati walaupun masih hidup. Ada pula masih hidup walaupun sudah mati. Rashid Maidin (1917-2006) tergolong dalam jenis manusia kedua.
Allahyarham adalah tokoh yang tidak boleh dipisahkan dalam warisan perjuangan anti-penjajahan negara kita.
Adakah ia satu kebetulan atau ada sesuatu yang tersirat, Rashid dilahirkan pada bulan dan tahun yang sama dengan berlakunya Revolusi Soviet/Revolusi Oktober di Russia, iaitu pada Oktober 1917 di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak.
Beliau meninggal dunia pada usia 89 tahun di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand pada kira-kira jam 9 pagi 1 haribulan September 2006.
Ada manusia sudah mati walaupun masih hidup. Ada pula masih hidup walaupun sudah mati. Rashid Maidin (1917-2006) tergolong dalam jenis manusia kedua.
Allahyarham adalah tokoh yang tidak boleh dipisahkan dalam warisan perjuangan anti-penjajahan negara kita.
Adakah ia satu kebetulan atau ada sesuatu yang tersirat, Rashid dilahirkan pada bulan dan tahun yang sama dengan berlakunya Revolusi Soviet/Revolusi Oktober di Russia, iaitu pada Oktober 1917 di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak.
Beliau meninggal dunia pada usia 89 tahun di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand pada kira-kira jam 9 pagi 1 haribulan September 2006.
Cara saya memperingati Rashid ialah dengan membaca semula Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata kepada Perdamaian dan dalam rencana ini, diperturunkan riwayat perjuangannya bersumberkan memoir tersebut.
Dimaklumkan, ibu bapa Rashid berasal dari Sumatera, Indonesia. Kerana kemiskinan beliau terpaksa berhenti sekolah selepas tamat darjah lima Sekolah Melayu. Bagaimanapun, beliau sempat mengaji al-Quran hingga khatam, dan belajar bahasa Inggeris pula dengan seorang mubaligh Kristian.
Sejak berusia 12 tahun, beliau membanting tulang sebagai pembantu kedai, buruh ladang teh, kuli sukat tanah dan buruh lombong dengan upah yang menyedihkan, kadang-kadang 30 sen sehari, adakalanya 50 sen sehari dan pernah juga langsung tidak diberi gaji!
Berkat tekun belajar sambil bekerja, beliau berjaya memperolehi kelulusan "electrical chargeman" kelas 1 pada tahun 1938 dan ditugaskan menjaga enjin kapal korek bijih timah di Kinta Consolidated Company Limited dengan gaji 60 ringgit sebulan - gaji yang dianggap amat lumayan pada masa itu!
Pada masa yang sama, bibit-bibit nasionalisme dan patriotisme mula berputik dalam dirinya selepas bertemu dengan "guru politiknya" - Lai Raifel atau nama sebenar Toh Lung San (1922-1943), seorang kader penting Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditugaskan untuk menyusun kaum buruh bijih timah kapal korek di kawasan Tanjung Tualang, Perak pada tahun 1943.
Menurut allahyarham, beliau "menjadi orang Melayu pertama dalam PKM" di bawah pengaruh Toh Lung San dan pernah memimpin kesatuan sekerja Kinta Mining Workers' Association atau nama pendaftarannya Kesatuan Saling Membantu Buruh Bijih Timah Daerah Perak yang jumlah anggotanya melebihi 20,000 orang.
Rashid mengaku tidak pernah terlibat dalam gerakan politik anti-penjajahan British yang dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipelopori oleh Ibrahim Yaacob, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam sebelum meletusnya Perang Dunia Ke-2 dan sebelum Jepun mencerobohi Malaya dalam tahun 1941.
Isytihar merdeka
Ini adalah kerana KMM banyak bergerak di bandar-bandar, manakala Rashid pula aktivis buruh setempat di sekitar Batu Gajah.
Rashid amat kecewa selepas Jepun menyerah diri kepada pihak Bersekutu, saranan Ibrahim Yaacob, ketua KMM sebelum Perang dan ketua KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) ketika pendudukan Jepun, supaya KRIS dan PKM sama-sama mengisytiharkan kemerdekaan sebagaimana yang dilakukan oleh Soekarno di Indonesia, dan bersatu menentang kemasukan semula penjajahan British, telah ditolak oleh Lai Tek, Setiausaha Agung dan ejen dalam selimut PKM.
Masa itu, Ibrahim Yaacob ada senjata peninggalan askar Jepun, sedangkan PKM pula ada senjata yang dibekalkan oleh British. Ibrahim Yaacob terpaksa lari ke Indonesia untuk mengelak buruan British selepas saranannya ditolak oleh Lai Tek. Lai Tek yang telah didedahkan sebagai egen British oleh musuhnya, Chin Peng (foto) pada tahun 1947, dan menemui ajalnya di Bangkok.
Selepas Jepun menyerah diri, Rashid berpeluang bertemu dengan Abdullah CD buat kali pertama dalam Pasukan Propaganda Perak yang dipimpin oleh Eng Ming Ching, isteri Toh Lung San.
Pasukan Propaganda Perak yang terdiri daripada 50-60 orang tersebut menjelajahi seluruh Perak untuk mengadakan perayaan dan rapat umum menyambut kemenangan perang anti-Jepun dan majlis mereka sering dibanjiri ribuan orang dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.
Selepas selesai tugas Pasukan Propaganda Perak, Rashid dan Abdullah CD pun menumpukan perhatian kepada gerakan rakyat Melayu, khususnya menyokong perjuangan Persataun Kumpulan Melayu Muda (PKMM) yang ditubuhkan oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain pada tahun 1945.
Mereka menerbitkan akhbar Suara Rakyat sebagai lidah rasmi PKMM di Perak.
Tetapi setelah Mokhtaruddin Lasso menghilangkan diri, operasi akhbar itu dipindah ke Kuala Lumpur. Demikian jugalah halnya dengan penerbitan Suara Rakyat.
Setelah Mokhtaruddin Lasso menghilangkan diri, Abdullah CD terlibat secara langsung berurusan dengan PKMM, kemudian dipilih ke dalam badan pimpinan PKMM. Sungguhpun Rashid tidak menjadi anggota PKMM secara rasmi, beliau turut diajak untuk membincang pelbagai masalah.
Oleh itu, mereka amat rapat dengan pucuk pimpinan PKMM seperti Dr Burhanuddin Al-helmy, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain dan membantu koordinasi antara PKM dengan PKMM, khasnya dalam bentuk propaganda untuk menyatukan orang Melayu di bawah satu wadah yang progresif.
Pada masa itu, PKM dan PKMM boleh dikatakan telah menggembeleng tenaga dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Namun, menurut Rashid, Umno bukan saja tidak mahu kemerdekaan, malah menentang gerakan PKM dan PKMM.
Perjuangan menuntut kemerdekaan mereka diejek dengan perbandingan sendaan "buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon!" (bersambung)
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.