Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kami dari Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) mengecam penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis yang menghalang kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) daripada memasuki kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam untuk mengedarkan risalah berkaitan pendidikan percuma pada 1 September lalu.

Tindakan ini jelas satu intimidasi pihak polis yang menjadi budak suruhan kaum pemodal dan kerajaan BN yang menentang sistem pendidikan percuma.

Tindakan menghalau anak muda berhimpun secara aman di luar kampus dan mengedarkan risalah kepada para ibu bapa juga jelas membuktikan transformasi kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh perdana menteri hanyalah satu gimik politik lucah semata-mata untuk pilihan raya.

Kami menyokong KAMI untuk meneruskan perjuangan menuntut pendidikan percuma dan segala usaha harus diteruskan tanpa menghiraukan anasir-anasir pro-kapitalisme yang bakal membawa penswastaan pendidikan di negara kita.

Kami juga mahu pihak polis menghentikan tindakan intimidasi ini yang jelas menyalahi undang-undang dan cuba bertindak profesional yang prorakyat.


KARTHIGES bergiat dalam Gerakan Menuntut Perdidikan Percuma.

ADS