Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Ramai yang beranggapan pembinaan insinerator yang dirancang di Broga, Semenyih tidak akan mendatangkan apa-apa bahaya pada kesihatan manusia dan ekologi di sekelilingnya. Dan jika ada pun jauh dari tempat kita.

Jika teknologi insinerator untuk pembuangan sampah ini begitu selamat, mengapa ianya tidak didirikan berhampiran bandar atau pusat pentadbiran kerajaan agar kos pengangkutan lori sampah akan dijimatkan dan juga kos pembinaan infrastruktur jalan ke pedalaman juga dapat dikurangkan?

Kita jangan beranggapan ianya tidak ada kena mengena dengan kita. Walaupun jauh ke pedalaman, kesannya bukan sahaja pada penduduk setempat tetapi ianya akan masuk ke dalam tubuh kita yang berada berpuluh-puluh kilometer atau mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya dari Broga.

Kesannya ialah melalui air yang kita minum atau ikan yang kita makan atau juga sayuran serta buah yang kita hadamkan yang semuanya bersumberkan dari satu sistem tadahan air yang sama.

Jika negara maju seperti Amerika, Jepun dan United Kingdom sendiri menghadapi kesukaran untuk mengekalkan standard pengawalan keselamatan dan kesihatan untuk loji insinerator mereka, apalah yang diharapkan sangat dengan negara kita Malaysia yang mempunyai banyak kelemahan dalam penyaluran air bersih pada penduduk (di Felda, terutama di Pahang), pembinaan makmal sekolah yang tidak selamat, pembinaan jejambat yang retak (MRR2), tanah runtuh di sepanjang lebuh raya dan banyak lagi.

Berikut adalah beberapa artikel negara maju yang membicarakan bahaya ancaman insinerator bukan hanya pada manusia bahkan pada ekologi, tanaman serta ternakan.

Jadi masalah ancaman kesihatan akibat pembinaan insinerator di Broga , bukanlah masalah penduduk Broga, tetapi ianya adalah masalah kita semua.

Incinerator toxic emissions: A brief summary of human health effects

Incinerator pollution can have devastating effect on birth rate

Increased likelihood of cancer near incinerators

Dioxins: unwanted byproducts of incineration


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS