Tidak timbul isu layanan A1 oleh PAS kepada Anwar Ibrahim sepertimana yang di timbulkan oleh Kelantan71 , kerana Anwar sendiri pun tidak memerlukan sangat layanan seperti itu. Pimpinan PAS yang ke Munich untuk menemui Anwar bagi meminangnya untuk kali kedua.
Apalah yang hebat sangat layanan A1 dari sebuah parti pembangkang. Lainlah layanan seperti yang diterima beliau ketika di Arab Saudi, sehinggakan kerajaan Malaysia menghantar bantahan tidak rasmi kepada kerajaan Arab Saudi. Itu baru 'real' layanan A1.
Memang idea negara Islam tiada dalam agenda Anwar. Itu rakyat Malaysia tahu dan idea penubuhan negara Islam itu juga tiada dalam manifesto Barisan Alternatif (BA) dalam pilihanraya umum lalu. Tidak pasti siapa yang 'gatal' mengusulkan idea itu sehinggakan ia dijadikan senjata oleh Umno/Barisan Nasional.
Kelantan71 jangan buat-buat terkejut yang idea Islam Anwar itu lebih kurang sama dengan Islam Hadhari yang dibuat Pak Lah. Semua sudah maklum idea Islam Hadhari itu hasil 'copycat' dari idea Anwar 'Masyarakat Madani' seperti yang ditulisnya dalam buku Kebangkitan Asia .
Mungkin Kelantan71 pernah membelek-belek buku itu kalaupun tidak membacanya, jadi kenapa terkejut?
Memang pemimpin PAS tidak mempunyai karisma untuk memerintah Malaysia. Jika tidak, tak kan keluar laporan yang mengatakan lebih 60 peratus wanita Kelantan menjadi GRO di Kuala Lumpur, pesakit Aids kebanyakannya dari Kelantan, kes murtad terhebat dari Kelantan, pencatat pelajar tertinggi di pusat serentipun datangnya dari Kelantan.
Itu belum lagi saya dedahkan skandal ahli Parlimen dan exco kerajaan negeri membolot hasil balak, penyelewengan tender kerajaan negeri dan beberapa penyelewengan lain di Terengganu.
Kalau dua negeri yang penduduknya tidak sampai satu juta orang pun PAS tidak boleh mentadbirnya dengan baik, tidak payahlah bercerita untuk memerintah 23 juta rakyat Malaysia.
Jadi pesan saya kepada mereka, sekiranya ditakdirkan Allah Anwar kembali menyertai Umno, PAS akan menjadi sejarah politik Malaysia. Akan menjadi pertubuhan bukan kerajaan NGO (itupun kalau bernasib baik) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).
