Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya ingin mengulas tulisan Amir Kamal bertajuk yang Pegawai Jawi melanggar hukum syarak .

Pada pendapat saya pernyataan beliau bersifat keanak-anakan dan tidak berpegang kepada prinsip rasional. Pertama sekali, mengapa harus kita pertikaikan benda yang remeh-temeh seperti penguatkuasa biadab dan sebagainya?

Sepatutnya, tanpa sebarang keraguan, sebagai ibu-bapa kepada remaja Islam yang menghadapi dugaan sosial yang hebat sekarang ini, kita menyokong sepenuhnya langkah-langkah pembanterasan keruntuhan akhlak remaja dewasa ini.

Remaja Islam dewasa ini sudah tidak segan silu berpeluk-pelukan di depan orang ramai. Di tempat seperti disko apatah lagi?

Kedua, sekiranya kita marah dengan penguatkuasa tanpa melihat usaha mereka, apakah yang kita harapkan? Apakah kita sendiri mampu melakukan serbuan sedemikian? Tidakkah kita sebenarnya membela remaja yang mungkin akan terjerumus ke lembah maksiat.

Bukankah ajaran agama menyuruh kita menjauhi tempat-tempat yang boleh mengundang maksiat. Mestikah mereka dipertahankan? Saya berpendapat Amir Kamal masih muda dan belum berumahtangga.

Lantaran itu beliau tidak dapat merasakan kerisauan ibu-bapa dalam mendidik anak remaja. Sekiranya anak saya sendiri, pasti saya harapkan penguatkuasa berbuat lebih dari sekadar biadab.

Ketiga, sekiranya penguatkuasa tidak biadab seperti yang digembar-gemburkan, apakah sikap kita? Mahukah kita, secara prinsipnya menyokong langkah serbuan itu? Adakah kita akan tetap marah atau kita berdiam diri?

Sekiranya kita berdiam diri, bermakna kita tidak peduli urusan akhlak remaja Islam. Sekiranya kita tetap marah, sebenarnya kita marahkan usaha murni ke arah pembaikan akhlak dijalankan. Tepuk dada tanya iman.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS