Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Mengikut laporan , pegawai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan serbuan ke sebuah kelab di kawasan Golden Triangle Kuala Lumpur baru baru ini telah berkelakuan kurang sopan, kurang ajar dan lebih biadap daripada mereka yang di tangkap yang kononnya berkelakuan dan berpakaian tidak sopan.

Pegawai-pegawai maksiat (tafsiran 'pegawai maksiat' terpulang pada anda) telah mengambil kesempatan 'menikmati' dengan menonton gadis-gadis yang berpakaian seksi. Ada yang, apabila si gadis menutup dengan tangannya bahagian badan yang terdedah, telah mengarahkan si gadis supaya tidak menutup bahagian tersebut, kononnya supaya pegawai-pegawai dapat membuat keputusan sama ada pakaian tersebut salah atau tidak mengikut syariah mereka.

Ada juga pegawai-pegawai yang dilaporkan berkata bahawa kejadian 'tsunami' baru-baru ini adalah balasan tuhan mereka (tuhan pegawai-pegawai Jawi) kerana orang-orang yang ditangkap mereka telah berkelakuan tidak senonoh.

Sikap munafik sedemikian dikalangan pegawai-pegawai jabatan-jabatan agama adalah perkara biasa. Tidakkah munafik sekiranya anda menuduh dan bertindak keatas orang lain yang kononnya melakukan kesalahan syariah, sedangkan anda sendiri melakukan perkara haram setiap masa?

Tidakkah menghisap rokok telah difatwa sebagai haram oleh majlis-majlis fatwa seluruh negara Islam, termasuk Malaysia?

Yang saya telah perhatikan selama ini, majoriti pegawai-pegawai penguatkuasa jabatan jabatan agama menhisap rokok dan perbuatan in melanggar hukum syarak.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS