Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers
Kemarahan rakyat Indonesia dialih kepada Malaysia

Media Indonesia menjadikan isu konflik mengenai konsesi minyak di Laut Sulawesi (istilah Indonesia ialah 'isu Ambalat') sebagai bahan berita utama di media mereka, lebih-lebih lagi di kaca TV.

Di setiap berita TV, isu ini menjadi tajuk utama, malah disiarkan juga kempen kerahan tenaga untuk 'ganyang' Malaysia. Dilaporkan lebih 2,000 telah mendaftar sebagai sukarelawan di Makassar untuk 'ganyang' Malaysia.

Kempen kerahan kerah tenaga ini juga telah merebak ke Surabaya. Media Indonesia seakan-akan meniupkan 'api' sentimen rakyat republik itu terhadap Malaysia. Laporan ini lebih menjadi-jadi apabila ianya diulangi setiap jam dalam berita TV,

Bagi saya, ini adalah strategi pemerintah Indonesia untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar yang akan mengugat kredibiliti mereka iaitu isu BBM (bahan bakar mentah) yang sedang hangat diperkatakan di republik tersebut.

Kenaikan harga bahan bakar ini menbebankan setiap rakyat Indonesia di mana harga barangan keperluan asas telah naik. Strategi ini digunakan oleh pemerintah Indonesia untuk mengalihkan kemarahan rakyatnya kepada Malaysia yang didakwa mencabul kedaulatan wilayah Indonesia.

Maka kita lihat pihak media Indonesia mengapi-apikan isu tersebut dan semangat patriotisme rakyatnya dibakar sebanyak mungkin. Isu kenaikan harga bahan bakar adalah isu besar pertama yang menguji kepopulariti President Susilo Bambang Yudhoyono.

Antara isu yang dimainkan oleh media Indonesia terhadap Malaysia ialah:

  • Malaysia membuat keputusan unilateral terhadap persempadanan wilayah dan tindakan ini dianggap tidak wajar dan tidak mencerminkan etika jiran yang baik.

  • Nelayan Malaysia telah banyak kali merompak kapal kapal nelayan Indonesia.
  • Layanan yang tidak berperikemanusian oleh Malaysia terhadap pekerja Indonesia.
  • Perasaan 'tidak puas hati' terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa bahawa Pulau Sipadan dan Litigan adalah milik Malaysia.
  • Menyiarkan dengan meluas kempen kerahan tenaga untuk 'ganyang' Malaysia oleh badan-badan tertentu.
  • Visual kapal kapal perang Indonesia beserta dengan jet pejuang pejuang F16 dan pesawat pengawasan udara meronda di kawasan terbabit disiar setiap jam.
  • Lawatan Presiden Susilo ke kawasan tersebut diberi liputan meluas melalui laporan lintas langsung.
  • Namun begitu, saya merasakan episod ini adalah semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat Indonesia daripada isu sebenar iaitu kenaikan harga minyak. Pendekatan yang diambil oleh pemerintah Malaysia adalah lebih waras dan berhemah walaupun 'kawalan' media dibuat di mana isu pertelingkahan ini tidak disiarkan secara meluas, cuma kenyataan yang dibuat oleh menteri luar supaya perkara ini dapat di bawa ke meja perundingan melalui saluran diplomasi.

    Rata-rata rakyat Malaysia tidak pun sedar 'kehangatan' isu ini. Ini adalah lebih tepat daripada mengapi-apikan rakyat Malaysia terhadap apa yang berlaku di tanah seberang, walaupun saya rasa, tidak kurang ramai sukarelawan di Malaysia yang bersedia untuk menganyang Indonesia jika ada kerahan tenaga!

    Syabas pada pemerintah Malaysia yang lebih matang.

    ADS