Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

‪#‎semakFaktaSebelumLapor‬

Fakta sebenar:

Pada 8 Ogos 2016, Panel Rayuan Mahkamah Syariah telah menolak Notis Tunjuk Sebab yang difailkan oleh barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap Ketua Pendaftar MSWP, Tuan Muhammad Khairul Nizzam Kassim.

Notis Tunjuk Sebab itu difailkan kerana Ketua Pendaftar MSWP tidak membenarkan seorang peguam DSAI iaitu Mohd Rafie Mohd Syafie menghadiri prosiding pengurusan kes pada 16 Mei 2016 kerana wakalah beliau untuk mewakili Anwar Ibrahim tiada di dalam fail mahkamah dan fail peguam pihak satu lagi.

Manakala peguam DSAI yang lain (yang ada wakalah) tidak hadir tanpa memaklumkan ketidakhadiran tersebut kepada mahkamah.

Sidang pengurusan kes tersebut dijalankan atas arahan mahkamah rayuan untuk Ketua Pendaftar menjadualkan tarikh-tarikh pemfailan hujah pihak-pihak.

Tarikh-tarikh pemfailan hujah tersebut telah dimaklumkan kepada peguam DSAI pada hari yang sama melalui e-mail.

Namun peguam DSAI tidak mematuhi tarikh yang telah ditetapkan untuk pemfailan hujah tersebut menyebabkan panel rayuan terpaksa memberikan peluang kedua dengan menjadualkan semula tarikh pemfailan hujah.

Kesannya kes rayuan tersebut yang sepatutnya boleh diselesaikan lebih awal terpaksa ditangguh ke bulan Oktober.

Dokumen yang dimaksudkan oleh Malaysiakini yang kononnya hilang adalah wakalah tersebut.

Semakan mahkamah mendapati memang ada resit bayaran dibuat tetapi dokumen itu (wakalah) tidak diserahkan kepada mahkamah mahupun kepada peguam pihak satu lagi.

Panel Rayuan Syariah berpendapat bahawa tindakan Ketua Pendaftar tidak membenarkan peguam masuk tanpa wakalah adalah tepat dan mengikut prosedur.

Oleh itu Panel Rayuan Syariah telah menolak permohonan notis tunjuk sebab yang difailkan terhadap Ketua Pendaftar MSWP.

Laporan Malaysiakini bahawa mahkamah rayuan syariah menolak kes Qazaf Anwar Ibrahim terhadap Saiful adalah tidak benar.

Kes Qazaf ini belum lagi difailkan di mahkamah syariah.

Anwar Ibrahim hanya membuat rayuan kepada mahkamah rayuan syariah bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bahawa mahkamah tiada kuasa bagi mengarahkan Ketua Pendakwa syarie memfailkan tuduhan Qazaf terhadap saiful.

Keputusan terhadap kes tersebut akan di buat pada bulan Oktober nanti.

Sumber: Unit Rayuan MSWP KL

Menjawab Laporan Malaysiakini Bertajuk: Mahkamah Rayuan Syariah Tolak Rayuan Anwar bertarikh 8 Ogos 2016.

Lihat Komen
ADS