Jadikan Ibrahim Ali calon PAS
Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir bulan depaan amat penting dan genting bagi kerajaan PAS Kelantan. Majoriti undi yang tipis, 55 undi sahaja pada pilihanraya umum 2004 menuntut kebijaksanaan tinggi terutaamanya dalam pemilihan calon.
Saya berpendapat Datuk Ibrahim Ali adalah yang terbaik untuk dicalon oleh PAS kerana bekas pemimpin Umno itu mempunyai pengaruh yang besar di kawasan Pasir Mas.
Para pemimpin Barisan Alternatif (BA) khususnya PAS wajar menimbangkan Ibrahim Ali kerana dosa beliau kepada perjuangan pembangkang hanya kerana beliau gemar melompat parti. Rekod menunjukkan Ibrahim tidak terlibat dalam rasuah sepanjang karier politiknya.
Ibrahim bukanlah idola politik penulis, oleh itu cadangan ini adalah bersifat strategi politik demi mencerahkan lagi kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil yang sangat penting ini agar dapat mempertahankan kelebihan tiga kerusi di Kelantan.
Seperkara lagi, diharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat berkampung di Pengkalan Pasir sepanjang kempen pilihanraya kecil ini bagi mengotakan janjinya memilih perjuangan berliku dengan pembangkang.
Tokoh PAS seperti Haji Husam Musa, Dato' Kamarudin Jaafar dan Dr Dzulkifli Ahmad wajar menjadi think tank utama PAS dalam pilihanraya kecil ini.
Lupakanlah dosa kecil dan sengketa dengan Ibrahim terhadap pembangkang sebelum ini demi meniti kemenangan PAS.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.