• Wajarkah hak suami isteri dipisahkan?
  • K Narayanasamy
  • 1137483966
  • Saudara EA berpendapat bahawa kehendak dan hak Moorthylah yang patut kita pertahankan dan bukannya kehendak dan hak isterinya. Bagaimanakah dapat kita pisahkan kehendak suami dan isteri yang mempunyai anak yang telah hidup dalam keluarga yang sama?

    Bukankah hal kepercayaan begitu rapat dalam hubungan kekeluargaan dan si isterilah selalunya orang pertama yang mengetahui perasaan dan kecenderungan suaminya, dan jika seluruh keluarga telah membuat keputusan untuk memeluk sesuatu agamaatas dasar sukarela, maka tidak patut sesiapa mengungkitkan perkara ini.

    Dalam hal ini cuma si suami didapati menganuti agama Islam tanpa melibatkan isterinya maupun anaknya.

    Pertukaran agama berlaku pula pada masa Moorthy tidak sihat, dan mungkin menghadapi pelbagai tekanan jiwa. Dapatkah dia mempertahankan haknya dalam keadaan sedemikian?

    Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap pertukaran ini tidak langsung memikirkan hak dan nasib isteri dan anaknya pula.

    Si isteri yang menerima tamparan - bukan sahaja si suami sudah meninggal dunia, bahkan juga dia dikatakan sudah bertukar agama - sudah tentulah rasa haknya sebagai isteri tergugat.

    Moorthy telah hidup sebagai penganut Hindu selama dia hidup bersama Kaliammal. Bahawa dia menganut agama lain tanpa memberitahu isterinya sendiri merupakan suatu perbuatan yang kurang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Hak pihak yang teraniayalah yang perlu kita pertahankan.

    Jika tidak, nanti akan ada insan yang akan dengan mudah lari daripada tanggungjawabnya semata-mata dengan menganuti agama lain tanpa memberitakan ahli keluarganya.

    Institusi keluarga (bahagia?) akan terus tergugat, dan menghancurkan nilai murni kemanusiaan yang begitu diberatkan dalam setiap agama di alam ini.

    • Hear us please, Pak Lah
    • Syariah Court against �no compulsion� rule
    • Parties should come together for amendment
    • Love for country not just only about food...
    • Don�t let minorities lose faith in system
    • Moorthy: Why and where High Court erred
    • Gov�t religious policy creating more hypocrites
    • Moorthy episode highlights �surface mentality�
    • What was done to Moorthy�s family a great sin
    • Converts should be proud of their decision
    • �Ignoring convert in life, snatching body in death�
    • Unfair to deny minority avenue for justice
    • Helpless, powerless Malaysians need this voice
    • Hak Moorthy atau hak isterinya?
    • Islam is one above others, not first among equals
    • �Explosive� articles needed for maturity
    • Resolve injustice over syariah-civil jurisdiction