Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isu M Moorthy menjadi satu lagi isu yang menguji perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak ingin menjadi hero masyarakat masing-masing kononnya mereka adalah pejuang kumpulan hak asasi manusia.

Pelbagai bantahan dilakukan termasuk penglibatan beberapa ahli Parlimen. Kononnya memperjuangkan hak S Kaliammal untuk mengebumikan arwah suaminya mengikut agama asal. Kumpulan ini perlu memikirkan perkara utama iaitu hak siapa yang perlu diperjuangkan? Samada hak S Kaliammal atau hak M Moorthy?

Manusia yang rasional samada ahli Parlimen, kumpulan hak asasi atau perundangan pasti tahu bahawa isu sekarang adalah hak Moorthy dan kehendak beliau. Pastinya Moorthy mempunyai hak dan kehendak untuk dikebumikan mengikut agama yang dianutinya.

Jadi jika kumpulan-kumpulan ini hendak memperjuangkan hak asasi maka mereka perlu memperjuangkan hak asasi Moorthy kerana Moorthy adalah perkara pokok dalam isu ini.

ADS