Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB S'gor jumpa Eli hari ini?
Diterbitkan:  Mar 21, 2009 9:59 AM
Dikemaskini: 3:05 AM

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan akan mengadakan pertemuan empat mata dengan ahli exco dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong hari ini.

Menurut akhbar Sin Chew, menteri besar dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya sebelum jam 4 petang esok.

elizabeth wong crying sheding tears at her resignation offer pc 190209 01

Bagaimanapun, Bernama memetik Abdul Khalid memberitahu sidang akhbar semalam bahawa beliau akan mengumumkan kedudukan Elizabeth Rabu ini.

"Keputusan saya akan beritahu selepas saya jumpa Exco," katanya dalam satu sidang akhbar tersebut.

Apa juga pun,keputusan Abdul Khalid berhubung kedudukan Elizabeth dalam kerajaan negeri dan selaku Adun Bukit Lanjan sedang ditungguh pelbagai pihak.

Persoalannya ialah sama ada satu ElIzabeth akan mengosongkan kerusi DUN tersebut dan satu lagi pilihanraya kecil diadakan.

Tiga pilihanraya kecil sedang menanti pada 7 April depan iaitu di Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Badang Air (Sarawak).

Elizabeth telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Lanjan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogelnya.

Cuti Elizabeth telah tamat Ahad lalu, tetapi kerajaan Selangor belum memutuskan kedudukannya sebagai exco dan Adun Bukit Lanjan.

Sebelum ini Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menyerahkan kepada menteri besar untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Elizabeth Wong ekoran penyebaran gambar intim tersebut.

Bulan lalu, Abdul menerima petisyen yang mengandungi 10,000 tandatangan tanda sokongan kepada Elizabeth.

Petisyen tersebut diusahakan sebahagian penduduk Bukit Lanjan sebagai tanda sokongan mereka kepada Elizabeth sebagai Adun kawasan tersebut.

Petisyen tersebut yang turut menerima tandatangan orang ramai melalui talian itu, dijilid kemas dalam sebuah buku.

Mengenai siasatan kes tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dilaporkan Rabu sebagai berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat perintah bagi memanggil teman agar tampil membantu siasatan.

Katanya, surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah itu telah diserahkan melalui bapa teman lelaki Elizabeth yang dikenali sebagai Helmi.

Polis telah mengambil keterangan bapa Helmi di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk membantu siasatan dan menyerahkan surat perintah itu melalui bapanya.

Polis sebelum ini mengesahkan Hilmi, 32, merupakan satu-satunya saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth awal bulan lepas.

Bagaimanapun, Muhammad Sabtu enggan mengulas mengenai tempoh yang diberikan polis kepada Helmi untuk tampil memberikan keterangan.

ADS