Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan anti-liwat pelawa Anwar jadi penasihat
Diterbitkan:  Mar 15, 2010 7:52 PM
Dikemaskini: Mar 16, 2010 2:00 AM

Kumpulan anti-liwat hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempelawa beliau menjadi penasihat mereka dalam kempen anti-liwat.

Geli 150310 02 l-r  mohd arshad ishak and mohd hasri macklin Menurut wakil Gerakan Anti Liwat (GELI), Mohd Hasri Macklin, Anwar yang sedang  ( kanan, berbaju gelap ) berdepan dengan perbicaraan kes liwat, adalah calon paling sesuai kerana beliau menjadi ikon golongan muda.

Menurutnya, Anwar menjadi idola golongan muda dan pasti ramai yang akan turut serta dalam kempen anti-liwat yang bakal dilancarkan oleh GELI.

Mohd Hasri memberitahu pemberita demikian di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Surat tersebut, yang diterima oleh pembantu petadbir Tina Nancy Simon, turut menggesa supaya Anwar memfailkan saman sivil terhadap jabatan penjara dan kerajaan pusat kerana mencabul hak privasi.

Ia merujuk kepada VCD yang ditemui oleh pengasas GELI, Mohd Arshad dalam peti suratnya minggu lalu. Ia mengandungi rakaman Anwar di Penjara Sungai Buloh. Arshad telah membuat laporan polis mengenainya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS