Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana "bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing".

Laporan tersebut dibuat kira-kira jam 11.00 pagi tadi di Balai Polis Dang Wangi, di ibu negara.

NONE Dalam aduannya, Dr Lo' Lo' berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik.

Menurut Dr Lo' Lo' juga, mengadakan hubungan dengan Apco seolah-olah melanggar keputusan sidang khas parlimen sesi lalu yang mengutuk kepungan Israel ke Gaza.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS meminta polis membuat siasatan menyeluruh terhadap Apco, "siapa di belakangnya" dan tujuan sebenar kemasukannya ke Malaysia.

Turut dilampirkan dalam laporan itu ialah salinan perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia serta surat penerimaan ( letter of acceptance ) yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 15 Julai 2009.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu Dr Lo' Lo' berkata, beliau tampil membuat laporan itu ekoran pendedahan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada 30 Mac yang mengaitkan Apco dengan kerajaan Israel.

pkr youth shamsul iskandar macc sprm najib 50 million 030209 03 Ditanya kenapa beliau mengambil tindakan tersebut memandangkan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin Selasa lalu telah membuat laporan berhubung isu yang sama, Dr Lo' Lo berkata:

"Biasalah, (saya melaporkan) sebagai rakyat, sebagai ahli parlimen. Kepentingan (polis) menyiasat isu ini sangat besar," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Dalam laporannya polisnya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi sebelum ini, Shamsul Iskandar antaranya turut meminta polis menyiasat Najib dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dituduh terlibat dan mempunyai kepentingan dalam Apco atau pegawai-pegawai tertentunya.

Dalam perkembangan berkaitan, kontrak Apco dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos ekoran kontroversi yang membelenggunya bertukar menjadi liabiliti kepada kerajaan.

ADS