• Pemecatan 988FM: Jangan salahkan MCA, kata Chua
  • Joseph Sipalan
  • 1284020635
  • Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas deejay stesen radion 988FM Jamaluddin Ibrahim dan ketua pegawai eksekutifnya, Wong Lai Ngo dan mengingatkan mereka agar tidak menyalahkan partinya berhubung nasib yang menimpa mereka.

    chua soi lek quizzed by police 5Chua terus mengulangi bahawa dasar MCA adalah ‘tidak campurtangan’ dalam operasi akhbar yang dimiliki parti itu The Star dan semua anak syarikatnya termasuk stesen radio swasta itu.

    Beliau juga menafikan yang dia maklum mengenai aduan dari pegawai kanan RTM Yap Shy Chuan bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas rancangan ‘Hi Malaysia’ yang dikendalikan oleh Jamaluddin.

    Katanya, beliau tidak terbabit dengan keputusan yang dibuat oleh Yap yang dilantik oleh RTM pada Mei lalu bagi memantau rancangan berbahasa Cina meskipun Yap adalah anggota Pemuda MCA.

    988 radio jamal ibrahim and wong lai ngo sacked"Tiada sesiapa yang membuat laporan mengenai The Star atau 988 kepada saya. Mereka (Jamaluddin dan Wong) sepatutnya tahu mengapa SKMM datang mencari mereka,” katanya kepada wartawan hari ini.

    "Mereka (Jamaluddin dan Wong) tidak ada kaitan dengan MCA, ia lebih dengan SKMM, jadi jangan tuduh MCA,” katanya yang jelas kurang senang dengan dakwaan itu.

    Semalam, Jamaluddin dan Wong secara rasmi dipecat atas alasan melanggar syarat lesen stesen radio itu yang ditetapkan oleh SKMM padasebuah rancangan yang dikeudara pada 13 Ogos lalu.

    [Baca berita penuh]

    • Radio 988 pecat DJ Jamal, CEO
    • Radio 988: DJ Jamal dakwa wujud konspirasi politik...
    • Chua tidak akan mohon maaf kepada DJ Jamal
    • MCA tak campur tangan dalam isu Star RFM