Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia dedah rancangan besar RM1.4 trilion
Diterbitkan:  Sep 21, 2010 2:57 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Kerajaan hari ini mendedahkan rancangan hebat untuk memacu ekonomi dengan memobilisasi ratusan bilion dolar pelaburan swasta dalam dekad akan datang.

azlan Rancangan itu merangkumi sistem transit baru bagi mengurangkan kesesakan di ibunegara Kuala Lumpur, membina kemudahan simpanan minyak yang besar bersebelahan Singapura bagi mewujudkan hub serantau pusat perdagangan hasil minyak.

Sebuah badan pemikir kerajaan berkata, ia telah mengenalpasti pelaburan bernilai AS$444 bilion (RM1.376 trilion) dalam tempoh 10 tahun di mana 60 peratus akan datang dari sektor swasta, 32 peratus dari syarikat berkaitan kerajaan dan 8 peratus dari kerajaan.

Malaysia bersaing untuk menarik pelaburan dengan negara-negara yang cepat berkembang di Asia Tenggara dan negara jiran Indonesia  yang baru-baru ini turut mengumumkan rancangan untuk meningkatkan infrastrukturnya.

"Bagi Malaysia untuk mempertahankan pertumbuhan menjangkau kepesatan pertumbuhan sementara ini, pembaharuan dasar fundamental adalah amat kritikal. Risiko kedua melibatkan kecepatan dan tahap pelaksanaan, "kata Philip Schellekens, pakar ekonomi kanan Bank Dunia bagi Malaysia.

chinese people community and economy Dalam 10 tahun lalu, syarikat swasta hanya melabur AS$172.4 bilion (RM535 bilion), menurut perangkaan rasmi dan kadar pelaburan swasta Malaysia di sekitar 10 peratus Kadar Domestik  Negara Kasar (KDNK) adalah antara yang terendah di Asia.

Kerajaan, yang pada 2009 mencatatkan bajet defisit yang terbesar dalam 20 tahun, sebagai peratusan KDNK, menyumbang sekitar separuh pelaburan di Malaysia.

"Saya tidak berfikir kerajaan akan menerbitkan sebuah dokumen setebal itu jika tidak ada kemahuan politik. Ini adalah strategi yang berisiko bila mendedahkan diri anda secara terbuka apabila anda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berbuat demikian," kata Datuk Seri Idris Jala, menteri yang bertanggungjawab menyediakan cadangan tersebut.

Pakar-pakar ekonomi, bagaimanapun memberi amaran, bahawa tanpa sebuah kerangka dasar baru untuk menggalakkan pelaburan, maka rancangan itu akan sukar direalisasikan.

"Ini akan sukar untuk mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan swasta yang ditetapkan oleh kerajaan jika tidak ada insentif cukai tambahan yang diberikan kepada sektor tumpuan," kata Gundy Cahyadi, pakar ekonomi serantau di bank pelaburan OCBC.

Reuters

[Baca berita penuh]

ADS