Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang menjalani pembedahan pemintasan jantung Isnin lalu, dijangka dibenarkan keluar daripada hospital minggu hadapan.

Ahli parlimen Bebas yang mewakili Pasir Mas itu kini berada di wad biasa dan kelihatan sudah pulih dan kuat serta mampu berbual dengan pelawat yang menziarahinya.

171010 perkasa presiden ibrahim ali hospital khairy jamaluddin "Pada mulanya, beliau minta (kepada doktor) untuk keluar dari wad minggu ini, tetapi doktor memberi tempoh sampai minggu hadapan. Beliau tak sabar-sabar nak berjuang," kata Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman bagaimanapun berkata Ibrahim kini hanya dibenarkan makan makanan yang ringan seperti bubur.

Menurutnya perkembangan terbaru itu dilihatnya semasa beliau melawat bosnya itu, semalam.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan setiausaha agung, PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, berkata  MP Pasir Mas itu telah dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa.

Mampu bercakap

Katanya, tiga hari selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, Ibrahim kini boleh berjalan dan mampu bercakap.

"Dia ditempatkan di sebuah bilik VIP di wad biasa. Hari ini dia menjalani rawatan fisioterapi dan diarahkan supaya terus berehat beberapa hari lagi di katilnya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

171010 perkasa president ibrahim ali khairy jamaluddin Menurut Syed Hassan, Ibrahim kini boleh bercakap dengan biasa tetapi doktor telah menasihatkannya supaya mengehadkan jumlah pelawat yang boleh menziarahinya agar pemimpin politik yang lantang itu dapat berehat.

Ibrahim menjalani pembedahan yang berjaya di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada Isnin lalu setelah mengadu sakit dada dan tidak sihat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Antara pemimpin yang melawatnya, termasuk ahli politik yang sering 'bertikam lidah dengannya iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

[Baca berita asal]

ADS