Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor mendendangkan lagu yang berlainan rentak dan nada sekarang.

ezam mohd noor at mca function 2 Meskipun, liriknya yang menghentam bekas mentor dan bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap sama  tetapi kini bidasannya kepada bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, sebelum ini telah bertukar menjadi rentak puji-pujian.

Sambil menyifatkan Zaid - yang juga bekas Penyelaras Pakatan Rakyat sebagai “pemimpin yang ikhlas dan jujur seperti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Abdul Razak", Ezam berkata hakikatnya tiada tempat untuk kejujuran di PKR.

"Zaid benar-benar mahu melihat satu simbol tunggal bagi Pakatan. Tetapi tidak bagi Anwar. Dia seorang penipu,” kata Ezam, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu sebelum meninggalkan PKR pada 2006 dan menyertai semula ke Umno dua tahun kemudian.

"Saya kenal Zaid. Saya tahu Zaid buka pemimpin besar, dia ada masalahnya. Tetapi orang ramai boleh lihat kejujuran. Dan sekarang, orang ramai boleh lihat apa yang sudah hilang dari parti itu.

ezam mohd noor at mca function crowd "Tiada lagi dedikasi, komitmen dan kejujuran dalam PKR. Apabila Zaihid sertai PKR, semua orang menggantung harapan tinggi kepadanya. Tetapi sekarang, dia pun meninggalkan parti itu.,” kata Ezam pada ceramah bertajuk "Keadilan untuk siapa?" yang dianjurkan oleh MCA Petaling Jaya Selatan, malam semalam.

Isnin lalu, Zaid mengesahkan akan meninggalkan PKR, bagaimanapun notis rasmi berhubung keputusannya itu belum diserahkan kepada ibu pejabat parti.

Pada 8 November, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR selain melepaskan semua jawatan dalam parti itu.

NONE Keesokannya, beliau menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali supaya berundur kerana mendakwa mereka berdua adalah punca segala masalah dalam parti.

Zaid yang sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan jawatannya pada September 2008 kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

[Baca berita penuh]

ADS