Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

Beliau kemudian menetapkan 26 hingga 30 September ini untuk pembelaan yang dijangka mengemukakan sembilan saksi.

khir toyo mansion 060709 06 Dr Mohd Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas)  melalui pengarahnya, Shamsuddin Haryoni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga  RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5

juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohd Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai  Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohd Khir, yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua  sekali, jika sabit kesalahan.

NONE Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Dalam prosiding hari ini barisan pendakwaan dan pembelaan masing-masing diketuai Abdul Wahab Mohamad dan M Athimulan.

Seramai 25 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada perbicaraan itu.

Shamsuddin ( kanan ) pula dilepas dan dibebas daripada tuduhan bersubahat dengan  Dr Mohd Khir berhubung pertuduhan itu pada 6 Jun lepas dan seterusnya  menjadi saksi pendakwaan kedua dalam perbicaraan kes.

Dalam penghakimannya, Mohtaruddin berkata elemen berkenaan ialah tertuduh adalah penjawat awam pada hari kejadian, tertuduh membeli hartanah daripada Shamsuddin dengan harga  belian dikatakan tidak mencukupi dan tertuduh mengetahui Shamsuddin mempunyai  hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau sebagai penjawat awam pada hari  kejadian.

[Baca berita penuh]

ADS