Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR-DAP bercakaran rebut kerusi di Johor
Diterbitkan:  Sep 12, 2011 6:52 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Percakaran PKR-DAP berebutkan peruntukan kerusi di Johor semakin buruk, apabila sebuah bahagian PKR berkata Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya  Pakatan Rakyat gagal menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan membidas Boo ( kanan ) kerana mengingkari kata-katanya dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan.

"Bukan sahaja tindakannya itu tidak membantu Pakatan Rakyat untuk menawan Johor, ia juga menjadikannya (Boo) dalang utama," kata Ng.

Menurutnya, Boo telah berulang-kali melanggar perintah tutup mulut semasa sidang akhbar dan ucapan-ucapan politik di majlis makan malam.

"Dia juga bermegah kononnya DAP boleh memerintah Johor dengan sendirinya, tanpa mengambil kira perasaan parti-parti gabungan yang lain."

Boo yang merupakan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, minggu lalu mengkritik PKR kerana enggan menyerahkan beberapa kerusi kepada DAP dalam usaha parti itu mendapatkan agihan yang adil bagi kerusi parlimen di Johor.

Pada pilihan raya umum lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu lagi kerusi.

[Baca berita penuh]

ADS