"Ampun Tuanku, bagaimana mungkin untuk mengatakan bahawa terdapat cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam pada majlis makan malam di DUMC itu tetapi tidak ada bukti yang mencukupi bagi membuat pendakwaan,” kata pemimpin agama Katolik dari bahagian Melaka-Johor, dalam reaksinya berhubung perkara itu."Jika bukti tidak mencukupi, sepatutnya tidak perlu ada sebarang dakwaan salah laku," kata Tan yang kini juga adalah presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia.
"Berdasarkan kenyataan sultan, penganjur majlis makan malam Kristian itu telah diberi pelepasan yang tidak menjamin pembebasan daripada tuduhan mereka memurtadkan umat Islam,.
"Saya lebih suka tiada kenyataan dikeluarkan sama sekali berbanding kenyataan yang tidak jelas,” katanya.
[Baca berita penuh]