Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Chua: Seksualiti Merdeka okay jika 'low profile'
Diterbitkan:  Nov 8, 2011 2:28 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Penganjur program Seksualiti Merdeka yang diharamkan baru-baru ini sepatutnya tidak mengembar-gemburkan majlis berkenaan, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Orientasi seks, kata beliau adalah perkara peribadi dan seperti agama, seseorang bebas memilih selagi mereka tidak mencederakan orang lain.

NONE "Sekiranya, mereka mahu anjurkan ini (Seksualiti Merdeka) dalam suasana ‘low-profile’, saya tidak lihat mengapa ini tidak boleh dilakukan.

"Bagaimanapun jika mereka mahu menganjurkannya untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan ada yang tidak bersetuju,” kata Chua ( atas, kiri ) kepada pemberita di ibu pejabat MCA hari ini.

Pada 3 November lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

Katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang menyertainya dan tindakan itu bagi mengekalkan ketenteraman awam.

Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, kemudiannya tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak atas dakwaan akan memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini.

[Baca berita penuh]

ADS