• http://media1.malaysiakini.com/383/ef55efd6600c3a1bc4bc3b8fe9e9fd84.jpg
  • Suhakam: Hentikan Bil Perhimpunan Aman
  • 1322116403
  • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

    "Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

    NONE“Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.

    Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.

    Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.

    "Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman," katanya.

    [Baca berita penuh]
    • Hisham: Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh
    • Bil Perhimpunan Aman bakal dicabar di mahkamah
    • Dr M sokong rang undang-undang perhimpunan aman
    • Pakatan tuntut Bil Perhimpunan Aman ditarik
    • PERKASA: Sekatan himpunan, pengorbanan kecil
    • Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan
    • Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan
    • Lim: Ini rang undang-undang perhimpunan haram
    • Bil Perhimpunan Aman haramkan protes jalanan
    • PM akan bentang bil Perhimpunan Aman 2011