Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ANAK ulangi Felda akan rugi RM1.5 b jika FGV disenarai

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempertahankan dakwaan mereka bahawa Felda akan mengalami defisit pendapatan antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion sekiranya anak syarikatnya, Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kenyataan itu dibuat selepas mendedahkan dokumen yang menunjukkan unjuran tersebut setelah mendapat maklumat rasmi daripada agensi tanah berkenaan.

Bahkan, katanya ia sekaligus menolak penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad yang menafikan bahawa Felda akan mengalami kerugian seperti didakwa.

NONE "Ini maklumat rasmi yang kita dapat daripada Felda. Ini merupakan kebimbangan Felda dengan apa yang berlaku terhadap pendapatan Felda jika berlaku penyenaraian," kata presiden ANAK Mazlan Aliman ( kiri ).

Bercakap pada sidang media, semalam, beliau mendakwa antara risiko penyenaraian tersebut, bukan sahaja tanah Felda akan terjejas, bahkan ia turut menjejaskan pendapatan bulanan peneroka.

Ini kerana, kata Mazlan -  yang juga ahli jawatankuas PAS Pusat - pendapatan peneroka Felda diperolehi melalui pengurusan anak syarikat agensi tanah itu.

Kos operasi naik

"Kalaulah sekiranya operasi anak-anak syarikat terjejas dengan penyenaraian ini, adalah sesuatu yang tidak mustahil ia juga akan menjejaskan pendapatan peneroka pada setiap bulan," katanya

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS mendesak supaya kerajaan menjawab perkara itu termasuk kebimbangan yang wujud di kalangan peneroka Felda.

Beliau juga mengedarkan salinan dokumen berkenaan kepada pemberita selepas sidang media itu.

NONE Minggu lalu, pakar ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop ( kanan ) dilapor mendedah unjuran defisit berkenaan sambil menegaskan pendapatan agensi itu dijangka akan berkurangan apabila Felda menyerahkan pegangannya kepada FGV.

Katanya, kos operasi Felda mencecah kira-kira RM2 bilion pada 2010, sedangkan agensi itu dijangka hanya akan mendapat pendapatan tahunan melalui pajakan tanah sebanyak RM251 juta dan hasil jualan sehinggga RM508 juta.

Bagaimanapun Ahmad dilapor menyangkal laporan tersebut dengan menyatakan Felda telah mengariskan strategi untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun setelah FGVH disenaraikan.

Katanya, Felda akan mendapat keuntungan cukup besar dari segi hasil pengapungan di Bursa Malaysia), faedah itu jika dilaburkan setiap tahun akan mendapat hasil hampir setengah bilion ringgit kepada Felda.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan beberapa ahli jawatankuasa lajnah berkenaan antaranya Dr Yaakop, peguam Haris Ibrahim dan setiausaha akhbar presiden PAS Mohd Nasaie Ismail.

Empat halangan

Mengulas kenyataan Ahmad itu, Dr Rosli menyifatkan ia merupakan hanya satu syor kerana mendakwa ianya tidak terdapat dalam perjanjian antara Felda Plantation dan FGVH.

azlan Sebaliknya, terdapat dua syor telah dibuat untuk meningkatkan pendapatan Felda iaitu kadar nisbah perkongsian untung dinaikkan dari 15 peratus ke 30 peratus dan kadar sewa pajakan tanah dibuat mengikut kadar semasa.

Menurut Dr Rosl lagi, usaha menyenaraikan FGVH ke Bursa Saham bukan satu perkara yang mudah kerana syarikat tersebut harus berdepan sekurang-kurangnya empat halangan.

Antara halangan yang bakal diterima sebelum penyenaraian itu berlaku antaranya permohonan mereka untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menghalang penyenaraian tersebut seperti yang diumumkan Mazlan sebelum itu.

Selain itu, FGV juga berdepan halangan untuk menambahkan semula tempoh kelulusan pajakan tanah yang kurang daripada 99 tahun.

"Kalau dia nak tambah (atau) perbaharui pajakan kepada 99 tahun, dia terpaksa pergi kepada kerajaan negeri balik, bila dia nak buat (perkara) ini.

"Sebab itu kita berpandangan kemungkinan untuk disenaraikan dalam bulan April atau Jun itu, kita tidak nampak jalan," katanya ketawa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS