Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dengan hanya tinggal kurang 48 jam akan berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, warga siber tempatan mewujudkan Facebook "gelombang hijau" dengan menukar gambar profil mereka kepada logo hijau anti-Lynas sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan itu di Kuantan Ahad ini.

Malah, artis Cina tempatan - yang biasanya dilihat mengelak terbabit dengan isu-isu semasa - kali ini turut memperlihatkan keprihatinan mereka terhadap risiko alam sekitar yang timbul daripada penubuhan loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

NONE Antara selebriti yang telah mengubah gambar profil mereka kepada logo hijau "Stop Lynas, Save Malaysia" ialah penyanyi

popular Michael Wong, yang kini menetap di Taiwan.

Selebriti lain termasuk Fish Leong, Yu Heng, Kah Jun, Will Ng, Danny One dan kumpulan tempatan DA.MON.STE yang tempatan.

"Saya rakyat Malaysia, saya tidak mahu radioaktif, saya tidak mahu nadir bumi," kata Ng dalam laman Facebooknya.

Manakala antara ahli politik yang turut menukar profail mereka ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan ketua publisiti AMK, Lee Khai Loon.

Sementara itu, beberapa warga siber turut memuat-naik foto mereka memegang poster anti-Lynas.

Aktivis seni terkenal Chong Keat Aun adalah salah seorang

daripada mereka. Dia memuat-naik gambarnya dan Sami Rev Miao Zhan memegang poster di sebelah papan tanda Jalan Sultan yang berdepan dengan ancaman pengambilalihan tanah oleh kerajaan.

NONE Kira-kira 20 pelajar Universiti Malaya juga menyatakan sokongan mereka dengan membawa poster "UM anti Lynas" di sekitar kampus mereka semalam.

Himpunan Hijau di padang MPK4 Kuatan akan berlangsung Ahad ini selepas pihak penganjur mendapat kebenaran polis Pahang pagi ini.

[Baca berita penuh]

ADS