Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Rakyat menuntut supaya diberikan peluang untuk menonton tayangan filem Tanda Putera kerana bimbang filem yang mendapat sokongan kerajaan itu mempunyai unsur yang dipertikaikan.

NONE Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pemerhatian daripada trailer filem tersebut menunjukkan bahawa Tanda Putera boleh "membakar api perkauman".

"Kita minta (tonton) sebab kita dapat gambaran sedikit apa yg akan ditayang, dan rasa kandungan filem ini tak gambarkan usaha yg benar-benar menyatukam rakyat di seluruh negara.

"Walau bagaimanapun, (Pakatan) minta pihak kerajaan tayang filem ini pada pembangkang supaya beri pandangan kita tentang filem ini.

"Pandangan menyeluruh boleh diberi bila dapat tengok seluruh," kata Mustafa ( kiri ) dalam sidang media hari ini.

Menurut penerbit filem berkenaan, Pesona Pictures, filem itu menonjolkan hubungan antara perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan menteri dalam negeri pada waktu itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, selepas rusuhan 13 Mei 1969.

Tayangan filem yang biayai sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia itu pada awalnya dijadualkan pada 13 September dilaporkan telah ditunda ke satu tarikh yang tidak.

Menurut Finas, langkah itu didakwa untuk memberi masa bagi lebih banyak usaha promosi, namun pemerhati melihat langkah tersebut menunjukkan filem arahan Shuhaimi Baba itu menjadi mangsa kepentingan politik.

NONE Satu foto publisiti filem di Facebook rasminya juga mencetus kontoversi sebelum ini kerana mendakwa pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang kencing di tiang bendera di depan kediaman menteri besar Selangor.

Kapsyen gambar tersebut menyatakan: “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris."

Foto dan kapsyen berkenaan bagaimanapun telah dibuang daripada laman Facebook filem tersebut dan Lim menafikan segala dakwaan terbabit.

VIDEO l 3.57 min

[Baca berita penuh]

ADS