Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar tarik balik saman fitnah pada Saiful
Diterbitkan:  Sep 12, 2012 12:51 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk menarik balik saman fitnah terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana mahkamah telah membebaskan daripada tuduhan itu.

Pengurusan kes itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Su Geok Yiam hari ini.

azlan Beliau menetapkan 8 Oktober untuk mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan kos.

Peguam ketua pembangkang Ranjit Singh berkata, anak guamnya menarik balik saman itu ekoran keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membebaskannya pada 9 Januari.

"Reputasi anak guam saya sudah dibersihkan," kata pengamal undang-undang itu.

Saiful diwakili oleh peguam Zamri Idrus.

Zamri berkata, anak guamnya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas ini kerana baru maklum perkara itu pagi ini.

[Baca berita penuh]

ADS