Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Imam Hoslan Hussin yang dibebaskan daripada hukuman penjara hari ini mengakui kesal dengan perbuatan melemparkan selipar ke arah panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu.

Namun beliau tetap mempertahankan bahawa tindakannya itu, yang menjadi kesalahan menghina mahkamah, merupakan satu "ijtihad" terhadap sistem perundangan yang disifatkannya "tidak betul".

Ditanya sama ada beliau mengesali perbuatan berkenaan, Hoslan menganggukkan kepala dan seterusnya menyatakan bahawa tindakan tersebut hanya satu "pendekatan ringan".

protest in support of shoe throwing iman hoslan hussain 4 "Perlakuan saya yang lepas merupakan ijtihad dan pendekatan ringan terhadap sistem yang tak betul. Sistem ini yangg perlu kita perbetulkan.

"Tindakan saya ialah sebagai orang yang nak keadilan dan patuh pada pencipta," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di pejabat Parol Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Hoslan turut menyifatkan penjara yang dihuninya selama tujuh bulan tiga hari itu sebagai satu "madrasah tarbiyah" baginya.

Tak nak masuk penjara lagi

Namun, bapa kepada tujuh orang anak itu berikrar untuk tidak melaluinya sekali lagi.

"Syukur saya dapat parol. Terima kasih semua. Saya dapat ambil pelajaran dari kejadian ini. Penjara merupakan madrasah tarbiyah. Banduan lain turut sedih saya nak keluar.

"Saya akui, saya tak nak masuk penjara lagi. Saya masuk kerana Allah Ta'ala," katanya.

Walaupun dibebaskan, Hoslan berkata beliau kini masih dipantau dalam tempoh parol selama sebulan.

Beliau tidak dibenarkan keluar daripada Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu dan hanya akan dibebaskan sepenuhnya pada 8 November ini, katanya.

NONE "Saya tak boleh bergerak ke sana ke mari melainkan rujuk pada parol. Tak boleh keluar dari Kuala Lumpur dan hanya boleh ke kawasan yang ditentukan. Kalau nak keluar (Kuala Lumpur) kena beritahu (pegawai parol)," katanya lagi.

Hoslan dibawa oleh kakitangan penjara Kajang tiba di pejabat parol Bandar Tun Razak kira-kira jam 11 pagi tadi dan dipertemukan semula dengan isterinya Noorliza Mat Isa.

Difahamkan, satu majlis kenduri kesyukuran akan diadakan malam ini sempena pembebasannya di markas PAS Kampung Pandan.

Drama membaling selipar ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada 22 Februari itu bermula apabila mahkamah tersebut menolak satu permohonan yang dikemukakannya.

Permohonan itu bagi merayu keputusan mahkamah yang memihak kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengusir beliau daripada kuarters masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 1999.

Beliau turut mengemukakan satu ikatan dokumen - yang turut melibatkan dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjlid tersebut - bagi menyokong rayuannya pada hari kejadian baling selipar itu.

Mahkamah bagaimanapun mengenepikan dokumen tersebut, berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Dalam kejadian itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dilaporkan cuba menenangkan Hoslan namun beliau dikatakan enggan mendengar alasan mahkamah untuk membenarkan bantahan ke atas permohonannnya.

Hoslan seterusnya mencampakkan seliparnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripada mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama  adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

VIDEO l 2.52 min

ADS