Ahli majlis: Kohilan tak boleh cuci tangan

Tidak benar Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay tidak terlibat dalam kelulusan projek kondominium kontroversi dekat kuil Batu Caves, kata seorang ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

mediarakyat talkshow 160312 lee khai loonLee Khai Loon (kanan) berkata, walaupun mengakui kelulusan dibuat oleh Bahagian Unit Setempat (OSC) seperti didakwa Kohilan, ia bagaimanapun mesti dipersetujui oleh ahli majis sebelum boleh dilaksanakan.

"Kebiasaannya terdapat tiga atau empat ahli majlis dalam OSC. Wakil-wakil agensi kerajaan juga mengganggotainya," katanya.

Menurut Lee, OSC dalam majlis perbandaran bertujuan memudahkan proses permohonan untuk projek pembangunan dan mengurangkan karenah birokrasi.

A Kohilan sebelum ini menjelaskan, beliau sama sekali tidak terlibat dengan kelulusan projek dekat kuil tarikan pelancong itu walaupun menjadi ahli MPS ketika keputusan itu dibuat.

Sebaliknya, kata senator itu, kelulusan terhadap projek yang dipertikaikan itu dikeluarkan oleh OSC.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.