Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Senator A Kohilan Pillay menjelaskan, beliau sama sekali tidak

terlibat dengan kelulusan projek kondominium kontroversi 29 tingkat di Batu Caves walaupun bertindak sebagai ahli majlis berkaitan ketika

keputusan itu dibuat.

Menafikan dakwaan Exco Selangor Ronnie Liu, pengerusi Gerakan Selangor itu berkata, kelulusan terhadap projek yang dipertikaikan itu dikeluarkan oleh Bahagian Unit Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

NONE "Saya hanya ahli majlis, bukan saya yang memberi kelulusan. OSC dalam majlis yang beri kelulusan, saya tidak terlibat. Kalau dia (Ronnie) nak cakap, dengan faktalah... Banyak fakta diputar belit.

"Tidak ada tanda (saya) beri persetujuan. Saya sudah periksa fail,

saya tidak terlibat memberi kelulusan," katanya yang juga timbalan

menteri luar negeri.

Berdasarkan portal MPS, OSC berfungsi menerima permohonan kelulusan pelan bangunan, pelan kerja tanah dan kebenaran merancang untuk kelulusan MPS.

Kohilan berkhidmat sebagai ahli majlis selama 11 tahun daripada 1997

hingga 2008.

'Apa peranan ahli majlis era Pakatan?'

Liu pada 24 Oktober dilapor mendakwa Kohilan dan ahli parlimen Hulu

Selangor P Kamalanathan antara individu yang bertanggungjawab

meluluskan cadangan projek itu.

Kamalanathan juga kelmarin menafikan dakwaan sama dan membuat laporan polis berhubung perkara itu manakala Kohilan pula membuat laporannya di Balai Polis Batu Caves petang semalam.

Batu caves condo near temple ronnie liu with map front Bercakap kepada Malaysiakini petang semalam, Kohilan berkata beliau hanya sedar namanya dan Kamalanathan dikaitkan dengan kelulusan itu selepas dibangkitkan oleh pihak kuil di Batu Caves baru-baru ini.

Justeru, beliau menyifatkan dakwaan Liu sebagai “tiada fakta” dan

hanya “tuduhan membuta tuli”.

“Tengok siapa yang buat (beri kelulusan). Jangan main agak-agak

sahaja. Ini ada agenda politik," katanya lagi.

Sementara itu, sekalipun mengakui kelulusan itu dibuat sewaktu BN

memerintah Selangor, Kohilan mempersoal peranan ahli majlis baru pada era Pakatan.

"Apakah mereka (kerajaan Pakatan) tidak memantau langsung atau tak tahu mengenai perkara ini... Apa peranan ahli majlis selepas itu

(kerajaan Pakatan memerintah)," soalnya.

ADS