Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Pulau Pinang mencabar BN untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa Pakatan Rakyat telah menjual tanah Taman Manggis sebanyak dua kali.

Setiausaha politik ketua menteri, Ng Wei Aik berkata, beliau tidak teragak-agak untuk membuat laporan balas sekiranya BN tetap gagal mengakui kesilapan mereka dalam memahami maksud "debentur".

Ketua pemuda BN Oh Tong Keong sebelum ini memberi tempoh 24 jam kepada ketua menteri untuk menjelaskan perkara itu dan tetap tidak berpuas hati walaupun Lim Guan Eng berbuat demikian pada Jumaat lalu.

"Oleh itu satu laporan polis perlu dibuat tanpa lengah-lengah lagi," kata Ng yang juga merupakan ADUN Komtar.

“Tolong beritahu saya bila laporan polis akan dibuat, saya juga akan buat laporan laporan polis segera selepas mereka.

"Jika Oh tidak berani berbuat demikian, maka di aharus mengakui kesilapannya dalam membuat dakwaan palsu ke atas kerajaan negeri," katanya.

Oh berkata, walaupun tanah itu dicagarkan kepada bank, Lim menerima bayaran sebanyak satu peratus daripada BN untuk membeli tanah seluas 1.1 ekar itu – yang didakwa dikhususkan untuk perumahan mampu milik – pada 3 Oktober.

Namun Lim berkeras supaya BN membayar jumlah RM22 yang masih belum dilunaskan kepada kerajaan negeri untuk tanah tersebut, sebelum kerajaan negeri boleh memberi milik tanah tersebut kepada satu syarikat yang ditubuhkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tidak seorangpun daripada lembaga pengarah syarikat berkenaan merupaman pemimpin BN – yang merupakan salah satu syarat untuk penyerahan tanah tersebut.

Salah seorang daripada pengarah syarikat tersebut – yang didakwa akan membina perumahan rakyat – adakah pengarah perancang bandar Khoo Boo Soon.

Khoo sebelum ini menyatakan bantahan keras ke atas kerajaan negeri berhubung pembangunan di lereng bukit.

Ng mempersoalkan mengapa ketua menteri perlu diminta untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Oh dan turut mempertikaikan logik di sebaluk permintaan tersebut.

Katanya, sekiranya BN tidak mahu mengakui dan memohon maaf serta berkeras dengan dakwaan mereka, maka BN harus meneruskan tindakan membuat laporan polis.

Katanya, BN perlu berhenti daripada menyebarkan dakwaan "tidak berasas" bahawa Lim telah menjual tanah tersebut dua kali, sedangkan ia masih berada dalam milikan kerajaan negeri.

[Baca berita penuh]

ADS