Pelancaran kaunter penerimaan saman AES

Pelancaran kaunter penerimaan saman AES akan diadakan di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

NONEPelancaran tersebut akan dilakukan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Majlis pelancaran itu akan berlangsung pada jam 12 tengahari di lobi pejabat agung PAS tersebut.

Mahfuz sebelum ini dilaporkan menyeru orang ramai supaya tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES, sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu.


1. Mahfuz: Jangan bayar kompaun AES

2. Kase: Kamera AES di tengah laut, tengah hutan

3. 'AES tak dipasang di kawasan kemalangan'

4. Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!

5. KASE kempen bantah saman automatik JPJ

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.