BERITA

'AES tak dipasang di kawasan kemalangan'

Hazlan Zakaria

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Okt 2012, 8:33 pagi

NGO berkaitan PAS Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mempersoalkan kenapa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan lalu lintas tidak dipasang di kawasan kemalangan sedangkan tujuannya untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya.

NONE Pengerusi KASE Datuk Mahfuz Omar ( kanan ) mempersoalkan kenapa sistem itu perlu dipasang di jalan dengan kelajuan 50km dan 70km sejam.

"Apa yang akan berlanggar di situ, ular sawa dan penyu? Atau antara kereta lembu?" soal Mahfuz yang juga naib presiden PAS dengan sinis.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, beliau mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kepada mereka angka sebenar kawasan kemalangan untuk dibandingkan dengan tapak AES.

Beliau yang sebelum itu mengunjungi tapak AES berkata menerima laporan yang mendakwa sistem itu mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat membezakan antara nombor nombor kosong, enam dan sembilan.

VIDEO l 3.15 min

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.