Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Prof: Kajian BN menang 120 kerusi, 24 kawasan kelabu
Diterbitkan:  Nov 24, 2012 6:54 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Jika pilihanraya diadakan hari ini, BN dijangka mengekalkan 120 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat 70 dengan 24 lagi dianggap kawasan kelabu, kata Prof Shamsul Amri Baharuddin.

Jumlah kerusi parlimen di Malaysia ialah 222, dan pilihan raya umum mesti diadakan sebelum Jun.

dr shamsul amri Shamsul, (kiri) memberitahu Sinar Harian bahawa beliau

menjangkakan BN menang 120 kerusi dan mungkin lebih, cukup untuk mengekalkan pentadbiran dengan majoriti mudah sekurang-kurangnya 112 kerusi.

Shamsul, pengarah Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata analisis beliau berdasarkan kajian pada bulan September dan menjangka menjalankan satu lagi pada bulan depan untuk mengambilkira kesan pada bulan Oktober dan November hasil pembentangan bajet 2013.

Shamsul menjangkakan Bantuan Rakyat 1Malaysia dalam Bajet 2013 yang akan diagihkan pada Januari dan Februari, serta setengah bulan bonus untuk kakitangan awam, akan terus membantu meningkatkan peluang BN untuk menambah kerusi.

Landskap politik menuju perubahan?

Pada masa ini, BN mempunyai 137 kerusi, PKR (23), DAP (29), PAS (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (8) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (1).

Satu lagi kerusi kosong berikutan kematian ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali.

Mandat Parlimen tamat pada 28 April tahun depan dan selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya yang dijangka paling sukar selepas prestasi buruk BN pada 2008 BN sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

NONE Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang (kanan) berkata pilihan raya umum

ke-13 boleh memihak kepada mana-mana parti yang bertanding.

Shamsul berkata gabungan pembangkang Pakatan Rakyat percaya ia boleh memenangi 109 kerusi, tetapi belum cukup untuk membentuk kerajaan, yang memerlukan 112 kerusi untuk majoriti mudah.

Oleh itu, katanya, BN dijangka mengekalkan kerajaan walaupun dengan majoriti yang dikurangkan.

[Baca berita penuh]

ADS