Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyokong PAS: Kaji semula perundangan Islam
Diterbitkan:  Nov 27, 2012 1:26 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meminta kerajaan Kelantan menghentikan penguatkuasaan semua undang-undang Islam yang dikenakan terhadap bukan Islam di negeri itu sehingga kajian terperinci dilaksanakan.

pas forum 170609 hu pang chaw 02 Pengerusi DHPP Hu Pang Chaw, yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia berkata, perkara itu bagi memastikan keadilan dan hak bukan Islam tidak diganggu seperti yang ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar parti itu baru-baru ini.

Hu juga berkata undang-undang kecil yang digubal pihak berkuasa tempatan di negeri khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan bukan Islam juga perlu dikaji semula kerana "tidak sesuai dengan keadaan semasa".

"Kajian perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian yang memberikan keadilan kepada semua pihak apatah lagi kebanyakan undang-undang kecil ini digubal pada 1990-an dan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

"Sekiranya dilaksanakan juga tidak akan menguntungkan kerajaan negeri dan PAS kerana kita hidup dalam negara yang berbilang kaum, perkara ini juga ditegaskan Abdul Hadi bahawa PAS memerlukan sokongan bukan Islam sekiranya mahu memerintah," katanya seperti dipetik akhbar itu.

NONE Beliau mengulas ketetapan kerajaan negeri yang bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Karpal juga pada Sabtu lalu yang meminta kepimpinan PAS campurtangan dalam isu berkenaan - ekoran kontroversi yang timbul apabila seorang wanita bukan Islam yang bekerja sebagai pendandan rambut disaman oleh majlis perbandaran kerana menggunting rambut seorang lelaki.

Kenyataan Hu itu juga bagi mengulas kenyataan seorang exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang bertegas bahawa kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh golongan bukan Islam atas tindakan berkenaan.

Mengulas lanjut, Hu berkata, peratutan MPKB-BRI yang mengasingkan pelanggan mengikut jantina tanpa mengira agama, boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada PAS ketika semua parti sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13.

DAP: Bukan Islam tak selesa

"Jantina atau gangguan seksual tidak sewajarnya menjadi isu, pendandan rambut menjalankan kerja mereka dengan profesional, mereka perlu mengikuti kursus akademi terlebih dahulu, kita perlu melihat dari sudut yang positif," katanya.

NONE Akhbar itu juga menyiarkan kenyataan ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke yang turut menggesa PAS mengkaji semula penguatkuasaan perundangan Islam terhadap komuniti bukan Islam di Kelantan.

Katanya, isu itu mungkin menimbulkan keadaan tidak selesa dalam kalangan bukan beragama Islam.

"DAP minta PAS mengkaji semula undang-undang kecil itu kerana kita tidak mahu memberikan satu persepsi kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang Islam itu terpakai untuk orang bukan Islam.

"Jadi sebab itu kerajaan PAS Kelantan perlu mengkaji semula isu ini supaya tidak dijadikan sebagai senjata politik buat BN," kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dipetik.

Sehubungan itu, ahli parlimen Rasah berkata pihaknya akan membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat.

ADS