Tingkap bas kempen PKR dipecah, kali ini di Perak

Nandini Balakrishnan        

Bas kempen PKR dilaporkan dikhianati di Perak semalam ketika ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan ke negeri tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan rehat Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan.

MediaRakyatNet , sebuah saluran pro-Pakatan Rakyat di YouTube , melaporkan kejadian itu di akaun Twitternya dan memaparkan sebuah foto yang menunjukkan tingkap bas itu pecah.

NONE Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menerbitkan

semula maklumat mengenainya di akaun Twitter beliau awal pagi ini dan meminta supaya ditingkatkan keselamatan bagi konvoi tersebut.

Program Anwar di Perak akan diteruskan hari ini, katanya.

Saifuddin, ketika dihubungi sebelumnya, berkata beliau belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lewat hari ini selepas beliau mendapat maklumat mengenainya.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In