Anwar: Harga saham FGV naik, guna dana KWSP

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah jika tidak kerana campurtangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEAnwar (kanan), bekas menteri kewangan, berkata penilaian bank
menunjukkan bahawa harga saham tersebut adalah kenaikan buatan, tetapi tidak menamakan bank-bank yang terlibat.

"Jika kita melihat analisis bebas seperti daripada bank-bank, harga sebenar adalah RM3.50 seunit," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Anwar berkata, harganya pada RM4.62 adalah kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.

Anwar mengeluh ketika minyak sawit dan harga getah jatuh, kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan kehidupan mereka yang bergantung hidup pada komoditi tersebut.

Sebaliknya, katanya, FGV telah disenaraikan di bursa saham dan peneroka telah dijual 800 unit saham, tetapi tidak boleh menjual selama enam bulan.

Anwar mendakwa, mereka yang mendapat manfaat daripada penyenaraian FGV ialah para kroni, termasuk pengerusi FGV dan lembaga pengarah yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan dan Kemudian harga turun.

Beliau menegaskan bahawa sejak tahun lepas, harga minyak sawit mentah telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram.

Anwar berjanji apabila Pakatan Rakyat berkuasa, ia akan menubuhkan Tabung Kebajikan Komoditi Negara yang akan bertindak sebagai skim jaringan keselamatan sosial.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.