Hadi: Islam tak halang orang lain guna kalimah 'Allah'

dikemaskini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Sambil menyatakan rasa kesalnya bahawa kerajaan Umno-BN menjadikannya satu isu polemik dengan menggunakan media arus perdana, apabila mereka (Umno dan BN) tidak faham dan ini menyebabkan ketegangan penduduk pelbagai agama dalam masyarakat majmuk.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka telah mencapai kata sepakat mengenai isu itu dan mahu Abdul Hadi menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Pakatan dinner HadiAbdul Hadi berkata pendirian PAS adalah konsisten dalam isu
tersebut  seperti dalam kenyataan media beliau pada 4 Januari 2010 dan beliau juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di mana perkataan 'Allah' dalam pengertian asal Al-Quran (Dia sahaja tuhan yang maha esa) tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Namun begitu, tegasnya lagi, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun ia tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran.

Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan satu kenyataan hari ini di mana Sultan Selangor bertitah bahawa kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Apabila ditanya mengenainya, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenainya kerana menurutnya kenyataan tersebut adalah jelas.

"Kenyataan itu adalah mencukupi dan saya tidak mahu mengulas lanjut," katanya.

NONEAnwar mengalu-alukan pendirian PAS itu sebagai pendirian bersama
Pakatan Rakyat. Beliau mahu ia jelas bahawa semua pihak termasuk pihak gereja dan bukan Islam hendaklah menghormati isu tersebut dan bagaimana umat Islam muliakan nama Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah itu berlarutan sejak perkara itu telah dibawa ke mahkamah berikutan rampasan buku dan VCD oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam buku-buku Kristian.

Kalimah tersebut telah digunakan secara meluas di kalangan orang Kristian di Sabah dan Sarawak, dan juga di kalangan masyarakat Sikh.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh agama lain adalah tidak sah. Perkara itu masih dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

[Baca berita penuh]

 
 
 
 
 
 

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.