Gobind: PM tak boleh diam diri terhadap PERKASA

Gesaan PERKASA supaya umat Islam membakar Bible versi Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah, telah mendorong beberapa pihak mempersoalkan ketiadaan tindakan oleh Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap perkara itu.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, Najib tidak lagi boleh berdiam diri terhadap gesaan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dianggap oleh pemimpin DAP itu "mengandungi unsur-unsur jenayah".

NONESehubungan itu, beliau meminta Najib membuktikan keikhlasan
beliau ketika memberitahu rakyat Malaysia beragama Kristian bulan lepas bahawa kerajaan "tidak lupa" kepada mereka.

Sikap berdiam diri perdana menteri, tegas Gobind, akan menghancurkan konsep 1Malaysia yag dipelopori oleh Najib sendiri, dan membuktikan pengkritik beliau betul apabila mengatakan konsep seumpama itu semata-mata bermotifkan politik.

Sentimen Gobind itu turut dikongsi oleh Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), yang berkata, ahli Parlimen Pasir Mas itu telah dibenarkan mengucapkan kata-kata yang ofensif dan mengapi-apikan seperti itu.

"NONEBagaimana boleh sesiapa pun rakyat Malaysia, apatah lagi
pemimpin kerajaan yang waras, terus bertolak ansur dengan orang seperti Ibrahim Ali dan kumpulannya PERKASA?" kata pemimpin MoCs, Francis Paul Siah dalam satu kenyataan.

"Kami amat kecewa dengan perdana menteri kerana tidak berbuat apa-apa terhadap perkara itu. Adakalanya, kita tertanya-tanya sama ada Najib juga adalah perdana menteri Sabah dan Sarawak atau hanya Malaya," kata Siah.

[Baca berita penuh]

1. Biskop kata kenyataan Ibrahim Ali 'berapi-api'

2. PERKASA mohon institusi Raja-Raja bertindak

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.