Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang ahli jawatankuasa Himpunan Hijau berkata kenyataan pengerusi gabungan bertindak alam sekitar itu, Wong Tack pada hari Isnin yang mengancam untuk membakar loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, adalah pandangan peribadi beliau.

"Itu adalah pandangan peribadi beliau," kata Lee Chin Chen (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kami dalam DAP tidak bersetuju dengan cara macam itu. Kami percaya apa-apa isu harus diselesaikan dengan cara aman. Bukan macam itu," tambah Lee yang merupakan ahli parti DAP tetapi menganggotai jawatankuasa NGO itu atas kapasiti peribadinya.

Lee, bagaimanapun, percaya bahawa kenyataan Wong Tack itu tidak akan menjejaskan Himpunan Hijau secara keseluruhannya kerana ia telah berkomunikasi dengan anggota NGO itu berhubung isu tersebut.

Wong Tack, katanya, akan membuat penjelasan berhubung kenyataannya tidak lama lagi.

"Beliau akan memperjelaskan maksudnya dalam satu kenyataan dalam beberapa hari akan datang."

Tack Wong dilaporkan telah mengugut untuk membakar kilang jika ia terus beroperasi 30 hari selepas pilihan raya umum ke-13.

Polis semalam berkata bahawa mereka akan menyiasat perkara itu di bawah ugutan jenayah.

[Baca berita penuh]

ADS