'Yazid ditanya tentang keganasan di Filipina'

Penahanan terbaru tiga individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dipercayai berkaitan dengan seorang rakyat Malaysia, Mohd Noor Fikrie Abd Kahar yang disyaki sebagai pengganas dan ditembak mati di Filipina tahun lepas.

NONEIsteri kepada Yazid Sufaat yang ditahan semalam, Chomel Mohamad berkata, beliau terdengar pegawai penyiasat yang dikenali sebagai Inspektor Mani menyoal suaminya tentang Fikrie sewaktu rumahnya digeledah.

"Dia jawab, 'Saya tak kenal dia! Serius saya tak kenal,' dan pagi ini memang nama Fikrie disebut dalam Utusan Malaysia," katanya.

Chomel bercakap kepada wartawan di Mahkamah Majistret Ampang ketika menunggu suaminya didakwa.

Turut ditahan dalam operasi pada kira-kira jam 12.30 tengahari semalam adalah seorang pekerja Yazid, Muhammad Hilmi Hasim, yang berusia lingkungan 30-an.

[Baca berita penuh]

1. 'Yazid ditanya tentang keganasan di Filipina'

2. Polis tahan semula Yazid Sufaat

3. IGP: Tiga yang ditahan akan didakwa esok

4. 8 rakyat M'sia disyaki terbabit kegiatan militan sejak 2010

5. Rakyat M'sia dipercayai pengganas ditembak mati di Filipina

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.