Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP hari ini membuat laporan polis terhadap satu kenyataan Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng - Zairil Khir Johari - membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut polis di Jalan Patani pada jam 10 pagi.

Koperal Rohani Ismail merekodkan laporan Zairil, yang diiringi oleh pemimpin Pemuda DAP negeri,  Chris Lee (timbalan ketua), Haris Zuan (wakil Bukit Bendera), Ooi Zhen Chee (wakil Bukit Mertajam) dan See Kay Seong (wakil Batu Kawan) .

"Seolah-olah pemimpin Umno tidak mempunyai modal lain tetapi untuk terus memfitnah Pakatan Rakyat dengan dakwaan palsu bahawa kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang semakin terancam dan terpinggir," kata Zairil selepas membuat laporan itu.

Beliau merujuk kepada satu artikel dalam akhbar Berita Harian yang memetik Mohamad sebagai berkata kerajaan Pulau Pinang "telah meluluskan pembinaan Universiti Nanyang" di Kampung Genting, Balik Pulau.

Ini, dakwa Mohamad, adalah "usaha senyap" supaya orang Melayu keluar dari kawasan tersebut.

"Adalah jelas daripada kenyataan beliau bahawa Mohamad berniat untuk menghasut sentimen perkauman dan memupuk perasaan takut dan marah terhadap kerajaan Pulau Pinang di kalangan masyarakat Melayu," kata Zairil.

"Sebenarnya, Pulau Pinang tidak meluluskan sebarang projek pembangunan yang berkaitan dengan Universiti Nanyang. Dakwaan Mohamad adalah pembohongan dan tidak berasas," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS