Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP didesak mohon maaf label Teng 'buta Facebook'

Pemuda BN Pulau Pinang mahu DAP memohon maaf kerana melabelkan Pengerusi BN negeri itu, Teng Chang Yeow, sebagai "buta Facebook".

Ketua Pemuda BN Negeri, Oh Tong Keong berkata beliau "kecewa" dengan kenyataan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang melabelkan Teng seperti itu, sambil menambah ia tidak sepatutnya datang dari seorang wakil rakyat.

Ng, yang juga ketua Pemuda Sosialis DAP, membuat kenyataan itu selepas Teng mendakwa Ahad lalu bahawa laman Facebook BN Pulau Pinang mencatatkan dua juta "friends of fans".

"Ng Ng tidak sepatutnya berbohong dan mengelirukan orang ramai kerana beliau adalah seorang ADUN. Jangan mempolitikkan perkara itu dan mohon maaf (kepada Teng) atas kenyataan anda itu," kata Oh, yang juga ketua Pemuda Gerakan negeri.

"Hakikatnya ialah kita (BN) telah mengumpulkan lebih 10,000 'likes' setakat ini dan kita mempunyai sekitar tiga juta 'friends of fans' sehingga ini," katanya dalam satu sidang akhbar di pusat operasi BN di Dato Keramat .

NONE Dalam taklimat itu, Oh (kanan) disertai oleh Naib Ketua Pemuda

Gerakan negeri, Ng Say Kheng; Bendahari Pemuda BN negeri, Hee Cheap Fong dan ahli jawatankuasa Pemuda BN negeri, Tan Chooi Leng.

Mereka menjawab kenyataan Ng bahawa Teng tidak harus "berasa bangga" dengan angka tersebut kerana halaman 'likes' hanyalah kira-kira 10,000.

Ng disokong oleh strategis media sosial parti itu, Yeo Bee Yin yang berkata adalah salah bagi Teng mengatakan terdapat dua juta peminat di laman Facebook BN sedang mereka hanyalah 'potential reach".

Katanya, jumlah hits yang disebut oleh Teng di satu majlis jamuan teh yang dihadiri kira-kira 200 pengamal jaringan media sosial adalah bukan mengenai 'fanbase', sambil menambah bahawa definasi pemimpin BN itu semuanya salah.

Oh berkata, Ng cuba untuk mengelirukan orang ramai dengan menyebut dua istilah 'likes' dan 'friends of fans', dengan memberi gambaran bahawa BN tidak pasti tentang istilah tersebut

Beliau kemudiannya mengkritik DAP kerana membuat "pengiraan yang salah" sewaktu pemilihan ahli jawatankuasa kerja pusat parti itu di Pulau Pinang Disember lalu.

"Itu hanya kira-kira 1,800 undi. Jadi tak hairanlah jika Ng tidak boleh mengendalikan jumlah angka yang besar seperti kes ini," kata Oh sinis.

[Baca berita penuh]

ADS